Saturday, August 21, 2010

Penubuhan Koperasi

Mengambil kira cadangan Zikri Hasbullah tu dlm pertemuan malam tu maka dalam FB mula lah start bincang2 penubuhan koperasi secara am.
Dalam kepala aku dari dulu lagi tak pernah terfikir pasal Koperasi......Koperasi sekolah jual buku,alatulis,keperluan murid tahu la.Jumlah Koperasi ada tujuh ribu lebih kat M'sia ni dan tak aktif pon jenuh la jugak!

Semua koperasi kena daftar dgn Suruhanjava Koperasi M'sia dan tertakluk kepada Akta Koperasi 1993.

Maka kerja rumah pon bermula.....cari bahan2 pasal penubuhan koperasi, kepentingan dan halangan2 dalam koperasi.

Kelebihan koperasi pada pendapat aku:
Pertama-Jika Ahli Ramai maka Dana pon lebih, (boleh buat projek skala lebih besar)
Kedua-Liabiliti ahli terhad kepada modal.
Ketiga-Berkongsi Pengetahuan dan Kemahiran dikalangan Ahli.
Keempat-Meningkatkan ekonomi ahli (jika ditadbir dgn baik)
Kelima-Siraturrahim dapat dieratkan sesama ahli (jika tahap pemahaman ahli setaraf)
Keenam-Amat kurang penvelewengan berlaku kerana pengawasan akaun begitu baik dimana juruaudit dalaman dan Luar dilantik untuk memerika akaun.

Kelemahan koperasi pula:
Pertama-Proses membuat keputusan lewat kerana perlu mendapat mandat dari ahli2 terlebih dahulu dan mungkin peluang perniagaan diterima terlepas ketangan orang lain.
Kedua-Kelemahan pentadbiran merancang kewangan dan budget, ini membuatkan projek menjadi "Over Budget" seterusnva ahli menaggung risiko menerima dividen rendah dan risiko modal berkurangan.

Walaubagaimana pun setelah ditimbang tara.......Koperasi dicadang perlu diteruskan kerana ada unsur baik dari segi Islam disitu....Menghubungkan siraturrahim dan ini pasti ada pahala menanti.

0 comments:

Mari nyayi pelan-pelan