Friday, July 17, 2009

Jepun di Malaya

Apa beza Orang Jepun masa jajah Malaya dan Orang Jepun yang ada kat Malaysia sekarang. Dulu depa jadi tuan kat nenek moyang aku, sekarang depa pun jadi boss aku......sama la.

Bila la kulit sawo matang ni boleh jadi Boss kepada bangsa Jepun ni, asyik2 dok kena turut perintah jer. Dari dulu, kini........rasanya bukan selamanya kot!

Kalau kulit sawo matang dok lebih angan2 dari kerja, susah la.....
Boss aku Mr.Omori kata kat Jepun memang susah nak dapat duit, jadi kena serius bila buat kerja dan kena kerja kuat.

Aku nampak dalam mata depa walaupun depa kalah WWII tetapi semangat Samurai masih ada. Depa ni bukan pandai pun cuma tak pernah putus asa bila buat kerja.

Aku dok nampak kulit sawo matang lagi cerdik dari depa selama berbelas tahun kerja dengan 3 syarikat Jepun.

Pasti cucu aku nanti ada peluang jadi Boss depa....heheheheh.

Malaysia Bolehhhhhhhh...........kita pun ada Hang Tuah apa?

Adios!

Wednesday, July 8, 2009

Yang Benar

Ini Ridzuan Rafiq anak yang bongsu. Lahir tahun 2006 ..... masa ini dia baru berusia setahun.
Sekarang dah 3 tahun pun............. ada perubahan rupa dan yang utama karektor dia dah mula nampak.
Karektor setiap seorang anak ada bermacam ragam walaupun makan,minum, jenis susu,pakaian dan cara didikan yang sama.
Jadi tak boleh la nak expect semuanya akan jadi menteri,doktor, lawyer,akauntan dll yang hebat2.
Memang sangat-sangat benar rezeki berada ditangan Allah dan kita hanya mampu merancang dan berusaha yang terbaik untuk mereka.
Rezeki mereka kita serahkan kepada Allah sebab itu bukan kerja kita.
Renungkanlah ayat seribu dinar ini untuk dikongsi bersama :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mengcukupkannya.
Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusannya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"

Saturday, July 4, 2009

Harta Tulen



Hari ini pergi majlis penyampaian hadiah kecermerlangan akademik sekolah anak aku yang sulong Luqman Alif. Dia tunduk tu macam jumpa Queen Elizebeth jer..... hehehhe.

Bersama rakan karib dia semenjak tahun satu hingga tahun 4. Cemerlang bersama-sama.



Ibu tumpang gembira disamping anak.

Tugas aku, hanya merekodkan (dalam blog ni la) supaya suatu hari nanti dia tahu ibubapa pasti ada pada ketika dia memerlukan.

Friday, July 3, 2009

Sikit-sikit, lama-lama menjadi juga.

Ini Anita bt Mahadir, Kat ITM dulu, dia terkenal dengan sifat bersopan santun, lemah lembut dan pemalu. Dulu......tak ada background bab berniaga-berniaga ni, dan rasanya macam tiada bakat jer....hehehheeh.


Maka, pada suatu hari dia cuba jadi agen Public Mutual unit Trust, bisnis pertama dia.


Setelah setahun berlalu, berjaya juga dia buat bisnis tu. Dapat lah jadi "TOP EPF Sales" dlm group dia Public Mutual kat Bukit Mertajam last week.

Sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan tu.

Kekuatan dia cuma ada satu jer....."Sabar"

Mari nyayi pelan-pelan