Sunday, March 22, 2009

Keli Vs Ketam







Pada hari jumaat lepas, ayah aku suruh ikut dia pi jumpa Dato' Hj Abd Halip Pengarah Urusan Azha Construction and Supplier Sdn.Bhd untuk melihat projek ternakan keli dalam kanvas yang diusahakan kira2 5 bulan yang lepas.






Atas alasan tidak mahu membuat andaian tanpa usul periksa tentang keuntungan ternakan keli maka aku pun korbankan satu hari untuk jengok projek tu. Padahal aku begitu bimbang tentang assignment aku yang menggunung.




Lepas melihat dan memeriksa kandungan agreement dengan pembeli keli, aku masih ragu2 tentang keupayaan hidup keli dlm kanvas. Aku masih percaya bukan senang nak bela kalau tak cukup technical expert. Nak jaga suhu, pemakanan, pH air dll.



Tapi ayah aku dah suruh Dato rekomen kat dia projek tu dan harapkan aku nak jadi pengusaha pulak! waduh berat tu bro!




Apa-2 pun aku bagitau ayah aku yang aku masih sibuk study lagi.....aku masih minat nak bela ketam...heheeh, tu yang sebenarnya.



Friday, March 6, 2009

Ketam Lagi


Nak share information pasal ketam bakau lagi. Aku cukup suka makan ketam bakau ni, bila balik jer kampung aku tak lepaskan peluang menangkap ketam menggunakan cara tradisional....pakai tangkoi ketam di belakang rumah jer. Dapat 5-6 ekor pun jadilah. Rebus campur garam sikit bila tukar jadi warna merah....kira dah masak.Sedappppp.


Ketam Nipah ni nama saintifiknya scylla seratta dan ada dua lagi jenis dari keluarga yang sama.

Habitatnya banyak terdapat dalam hutan bakau. Walau ada khilaf orang-orang melayu kata tak boleh makan sebab ia boleh hidup didarat selama 2-3 hari tetapi pendapat ulama kata boleh dimakan kerana tanpa air ketam ni mati, cuma boleh bertahan lama kerana gunakan simpanan air dalam insangnya.


Dari sudut perniagaan, membela ketam nipah ni hasilnya agak lumayan dan ada sebuah syarikat di Melaka memperkenalkan konsep membela dalam tangki fiber. Aku tak berminat nak membela dalam tangki sebab aku suka yang original iaitu membela dalam habitat asal kerana bagi aku yang original tetap ada kelebihan.

Aku suka makan ketam bakau elok lah aku bela sendiri, kalau orang nak makan pun aku boleh kasi yang terbaik...yang macam aku makan. Aku bukan nak meniaga pon lagi, bila aku dah jumpa cara yang efektif dan ekonomik membela ketam ni baru aku boleh pikiaq nak komersialkan.Sekarang aku nak pikiaq cara bagi aku dan adik beradik aku puas makan dulu.

Thursday, March 5, 2009

Memancing





Disebabkan kelas postpone to next week , aku berpeluang membawa anak2 pergi memancing.



Bukan main suka bebudak tu...Destinasinya Pulau Sayak. Pancing punya pancing sekoq ikan pun tak dapat... yang dapat hanyalah pengalaman memancing.
Kalau aku gunakan masa tu tangkoi ketam lagi baguih....mesti dah dapat hasil.Sabar jer la.....


Mari nyayi pelan-pelan