Thursday, May 28, 2009

Menanti Kepulangan



Post yang lalu aku tujukan kepada Ayah dan Mak yang mengajar erti sabar supaya aku dapat salurkan kepada anak2.
Kali ini aku ceritakan tentang mereka yang kini ada di Pantai Merdeka, Kedah.
Setiap kali aku balik kampung, yang pasti mereka gembira kerana mereka selalu menanti kepulangan anak2 dan cucu. Rumah besor macam bungalow, tapi hanya dua orang saja isinya. Komunikasi yang terhad, mereka menantikan cucu dan anak2 disisi agar terhibur.
Semenjak adik aku sambung study di Wellington, aku pulak sibuk dengan MBA aku, Kakak aku dengan Kelas Tuisyen dan yang bongsu dengan study final year kat Politeknik, Bungalow jadi semakin sepi.
"Jan! hang pakat ngan kak hang balik sini sebab ayah nak sembelih ayam kampung".Pahamlah aku makna tersirat tu.
Aku nak pastikan pada 06.06.2009 matlamat tu tercapai.
Kepada adik kat Wellington tu, Ayah macam tak sabur menanti kepulangan semua pada November nie untuk berkumpul semula.

My Team





My Team ada 2 org jer, anak sulong and 2nd, so bila ada free time kitaorang round2 somewhere around Bukit Mertajam or Juru dengan fishing rod. Bila jumpa port baru, kita test sejam dua kat sana. Selalu resultnyer....hampeh.
Tangkul ketam juga dibawa bersama, kalau sesuai airnya barulah tangkul itu dilabuhkan. Selalunya tangkul tu dok standy kat belakang keta jer coz kebanyakan tempat tak sesuai nak tangkul ketam.
Aku selalu dok ingat masa dulu2 masa kena tolong ayah aku di laut. Banyak ajar aku erti sabar bila berurusan dengan rezeki laut. Aku perturunkan kepada anak aku agar bersabar dengan aktiviti memancing nie. Walaupun selalu kecundang, namun aktiviti tetap diteruskan.
Tak perlu diterangkan kebaikan bersabar nie. Tok guru or Mentor aku ajar bersabar nie memang sentiasa ada dari dulu hingga selamanya....my mum.
Motif cerita ini just nak kasi kredit pada Ayah dan Mak aku tentang makna sabar yang di ajar kepada anak2.

Monday, May 18, 2009

Happy Anniversary



Pada 14.05.2009, genaplah 11 tahun usia perkahwinan. Syukur alhamdullilah walaupun tak dilimpahkan dengan rezeki yang banyak tetapi dikurniakan kebahagiaan yang tak putus2.
Dikurniakan 4 cahayamata kira rezeki besar tu. Manalah tahu doa dari anak-anak yang soleh lebih baik dari harta kekayaan. Syukur dipanjatkan kepada ilahi.

Sunday, May 10, 2009

Hutang Cuti



Hutang cuti? Yer la, dah 4 bulan hari minggu dihabiskan untuk menghadiri kelas so setelah selesai exam maka tiba masanya nak bayar hutang cuti pada keluarga. So pada Sabtu 09.05.2009, aku bawalah anak sulung and second pi memancing kat Kota Kuala Muda, Kedah.
Kat tempat tu memang dulu ada rumah tapi dah roboh kena tsunami so disitulah kami memancing.
Hasilnya...kosong tapi tenyata aku puas dapat habiskan masa bersama mereka.Dan satu lagi, depa dah pandai guna joran...heheheh. Next time , pandai2 lah depa lontar sendiri.

Saturday, May 2, 2009

Sat jer lagi...



Semester Feb 2009 dah sampai penghujung, so sibuk lah dok belek2 buku usung sana sini....tapi hampeh coz susah sungguh nak masuk kepala bila dah sampai hujung2 pengajian ni.
Next sem ada satu paper lagi lepas tu boleh lah tunggu nak convo pulak pada bulan 3 tahun depan.
Plan nak start pi kursus ketam after completed this sem exam. Then buat study lagi bab ketam bakau nie and start kerja2 menangkul ketam secara tradisional dan bela sikit2 dulu.
Opps lupa la pulak, gambar kat atas tu adalah classmate utk subject IT for Managers dan yang pakai songkok tu Prof Madya Azizi Zakaria yang mengajar kami.
Nanti bila dah start buat business ketam boleh lah pakai ilmu IT nak buat marketing hehehhe.

Mari nyayi pelan-pelan