Tuesday, December 1, 2009

Jejak Kasih


Masa dok belek-belek album gambar yang lama, jumpa pula 2 keping gambar ni,member seangkatan masa darjah 4 sampai tingkatan 5.Habis jer SPM tahun 1988 maka hilang terus kawan baik aku ni. Nama dia Shahrani Bin Omar. Last sekali aku tahu dia duduk kat Taman Perling, Johor Bahru.
Rezeki orang berbeza-beza, kalau jumpa balik pun kira rezeki la juga.Kebelakangan ni rezeki jumpa kawan-kawan lama makin menjadi2, yer la dah ada facebook memang dapat reunion hari2 dan eratkan kembali sirraturahim.
Kawan-kawan di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar link dalam facebook masih kurang kalau dibandingkan dengan kawan-kawan di ITM Arau.
Apa pun syukur dapat dipertemukan kembali.

Wednesday, November 25, 2009

Three Bloggers Bersatu

Pada 16 Oktober 2009 aku tunggu adik aku pulang bersama ayah dari Wellington yang , sempat juga jumpa Zahidi yang juga baru sebulan balik dari Auckland. Pertemuan 3 bloggers di KLIA. Kia Ora, Ahau Dee dan Ketam Oh Ketam....heheheheheh.Best juga.

Masa dok tunggu sempat lepak kat KFC KLIA chatting dengan Zahidi, yang peliknyer dalam gambar ni aku lebih besor dari Zahidi...sudah tukar dah,dulu terbalik.
Pi rumah adik aku yang memang rumah kosong kat seksyen 3 Bandar Baru Bangi, tidor situ malam tu, esok perut pun betul2 kosong dan pekena roti canai dan teh tarik. Nampak depa semua puas hati dapat pekena teh tarik dan roti canai Malaysia.Nikmat la tu...
Anak2 buah cakap Mat Salleh bunyi mcm angin jer, mcm anak2 mat saleh dlm sesame street bunyi yer. Tahniah la kat Zahidi sebab berjaya complete mission dia kat Auckland dan adik aku yang tamatkan Master Degree kat sana.

Friday, November 6, 2009

Yang Sebenarnya



Dah tua dah aku nie.....dah 11 tahun kawin pun...rasa macam cepat jer masa berlalu. Tiada komen lagi.

Monday, November 2, 2009

Lamanya

Boring betul la ni asyik takderline jer kat umah aku, so tak leh update info kat sini.Apa pun banyak citer nak tulis tapi semua dah out dated.Tengok jer la pic aku tu lepas raya...masih tembun lagi...bila la nak slim balik....entah lah, yang penting sihat dan bahagia sekarang.

Friday, September 4, 2009

Hentam jer la Labu


Puasa dah lebih 10 hari, Hari Merdeka ke 52 pun sudah disambut. Tapi aku membatu lagi dok baca blog orang dan jengok2 face book sambil senyum sorang2.


Tiada bahan nak menulis. Maid tak der, maka kerja2 maid aku kena ambil setengah lagi setengah bagi kat wife.Satu lagi line internet baru jer OK tu yang lama aku membatu.


Suasana raya belum lagi terasa tapi bunga2 dah ada,duit dan duit lah tu bila raya menjelma.


Macam tu la bapak2 kita dulu, sekarang turn aku jadi bapak kena alami lah, tapi enjoy la juga bila tengok anak2 seronok.


Freeze aktiviti memancing bulan posa kerana hujan selalu dok turun waktu petang dan faktor tak tahan dahaga la...


Aktiviti yang paling best....tidor,tengok tv dan pikir yang simple2.Maleh nak load kepala dengan apa2 plan lagi.




Tak suka tengok berita 8pm dah, rasa semua cerita berat sebelah. Semua nak tunjuk depa buat kerja padahal ramai yang dah menderita dan terpaksa bawa problem kat TV3. Ekonami negara katanya semakin baik hakikatnya harga barang2 dah naik,petrol naik bekalan gula shortage. Politik pun teruk-MCA pun berpecah2 ,UMNO dok tembak2 Nik Aziz,PKR,kes rasuah orang politik.....,tak campur masalah H1N1 yang dah mcm tak upaya nak control kasi reduce jumlah kes baru...dok angka 200 lebih jer kes baru sehari. Tapi dalam berita mcm dok cover2 lagi. Maleh2 nak pikir.


Member aku kata, kalau tak dak power nak ubah keadaan,duduk diam2 sudah lah.Cakap banyak buang karan jer.Betul juga tu.


Masa sekarang jangan dok pikir2 banyak macam main chess, buat mcm main dam aji jer.Bila pihak lawan kasi kita makan buah dam,kena makan sebab kalau tak mau makan dia tarik buah dam kita.


Kalau keadaan semakin teruk, main dam ular jer lambung dadu tengok nasib kot2 boleh panjat tangga. Lagi tak payah pikir teruk2.


Ingat citer labu labi? Pikir senang jer...nak cari kayu api,nak cari kayu api.....heheheheh, curi ayat member aku dlm blog dia la.


Entah la, u all paham ke tak aku membebel ni. Aku belasah jer tulis kasi ada update sikit selama sebulan membatu ni.Hentam jer la Labu.
Layan tengok Labu dan Labi lagi baik dari dok layan tengok berita.








Sunday, August 9, 2009

Adus

Adus tak leh balik kampung hari ni nak urus mak masuk wad Hospital Sg.Petani seperti yang dirancang Jumaat Lepas.

Nak buat macam mana, masa start kereta tetiba keluar asap hitam dari bonet kereta.....
pastu terus aku matikan enjin tapi asap semakin banyak lastly terus keluar api dari enjin, celah2 bonet dan tayar depan. Asap semakin menjulang naik dengan banyaknyer. Panic juga bila jadi kat parking lot yang sebelah menyebelah ada kereta orang lain.

Dalam dok terbakar tu kena juga aku tolak kereta sorang-sorang keluar dari parking lot takut api menyambar kereta orang. Masa tolak dalam hati dok kata, jangan la meletup masa tu coz aku suspect petrol leaking. Lepas tolak maka tak tau nak buat apa, dok tengok jer la ...macam dok bakar daun kering kat kampung coz idea dah hilang.

Hangus bahagian enjin sama sekali masa bomba sampai. Dalam kereta basah kuyup kena sembur air bomba dan dashboard lingkup la...rasanya lepas ni kena scrap la jual besi buruk.

Tak daya nak balik kampung coz kena tunggu unit forensik bomba nak check engine condition, pastu kena buat laporan polis dan kena ke pejabat bomba untuk anggar kerugian kereta untuk urusan tuntutan insuran.

Semalam dok bimbang kat anak aku yang nombor dua tu Irfan jatuh masa main-main kat taman. Masa jatuh gigi atas dia terhentak menembusi bibir bawah, masa balik rumah menangis-nangis. Hari ni dok bengkak lagi la.

Kejadian macam ini buat aku termenung lama juga, banyak dan banyak lagi plan asal aku kena revise. Banyak uncertainty yang tak mampu aku manage.

Sekadar berkongsi cerita saja la, semoga kita lebih matang untuk measure and calculate risk dalam apa-apa plan yang kita kawal dan rancang.

Uncertainty risk tak boleh diabaikan dalam plan dan lebih baik kalau kita ada back-up plan.

Monday, August 3, 2009

1st August

1. 1st August hari last day Maid aku berkhidmat, so farewell party kecil2lan pada pagi tu. Dah 2 kali aku guna khidmat Maid Indonesia dan kedua2nya berkhidmat dengan cemerlang. Tiada lagi Maid ketiga lepas ni coz larangan dari kerajaan Indonesia.


2. 1st August juga ayah aku dimasukkan ke hospital Sg.Petani kerana mengalami minor stroke semasa lawatannya ke Pulau Phuket.
Dua insiden diatas nampak biasa, tapi bila kedua-dua bergabung pada hari yang sama maka berseleraklah urusan harian. Kalau sebelum ini, anak2 boleh tinggalkan kat bibik untuk diuruskan, tetapi kali ini terpaksa ajar mereka hidup berdikari.
Sekarang, masih dalam proses transformasi.

Friday, July 17, 2009

Jepun di Malaya

Apa beza Orang Jepun masa jajah Malaya dan Orang Jepun yang ada kat Malaysia sekarang. Dulu depa jadi tuan kat nenek moyang aku, sekarang depa pun jadi boss aku......sama la.

Bila la kulit sawo matang ni boleh jadi Boss kepada bangsa Jepun ni, asyik2 dok kena turut perintah jer. Dari dulu, kini........rasanya bukan selamanya kot!

Kalau kulit sawo matang dok lebih angan2 dari kerja, susah la.....
Boss aku Mr.Omori kata kat Jepun memang susah nak dapat duit, jadi kena serius bila buat kerja dan kena kerja kuat.

Aku nampak dalam mata depa walaupun depa kalah WWII tetapi semangat Samurai masih ada. Depa ni bukan pandai pun cuma tak pernah putus asa bila buat kerja.

Aku dok nampak kulit sawo matang lagi cerdik dari depa selama berbelas tahun kerja dengan 3 syarikat Jepun.

Pasti cucu aku nanti ada peluang jadi Boss depa....heheheheh.

Malaysia Bolehhhhhhhh...........kita pun ada Hang Tuah apa?

Adios!

Wednesday, July 8, 2009

Yang Benar

Ini Ridzuan Rafiq anak yang bongsu. Lahir tahun 2006 ..... masa ini dia baru berusia setahun.
Sekarang dah 3 tahun pun............. ada perubahan rupa dan yang utama karektor dia dah mula nampak.
Karektor setiap seorang anak ada bermacam ragam walaupun makan,minum, jenis susu,pakaian dan cara didikan yang sama.
Jadi tak boleh la nak expect semuanya akan jadi menteri,doktor, lawyer,akauntan dll yang hebat2.
Memang sangat-sangat benar rezeki berada ditangan Allah dan kita hanya mampu merancang dan berusaha yang terbaik untuk mereka.
Rezeki mereka kita serahkan kepada Allah sebab itu bukan kerja kita.
Renungkanlah ayat seribu dinar ini untuk dikongsi bersama :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mengcukupkannya.
Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusannya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"

Saturday, July 4, 2009

Harta Tulen



Hari ini pergi majlis penyampaian hadiah kecermerlangan akademik sekolah anak aku yang sulong Luqman Alif. Dia tunduk tu macam jumpa Queen Elizebeth jer..... hehehhe.

Bersama rakan karib dia semenjak tahun satu hingga tahun 4. Cemerlang bersama-sama.



Ibu tumpang gembira disamping anak.

Tugas aku, hanya merekodkan (dalam blog ni la) supaya suatu hari nanti dia tahu ibubapa pasti ada pada ketika dia memerlukan.

Friday, July 3, 2009

Sikit-sikit, lama-lama menjadi juga.

Ini Anita bt Mahadir, Kat ITM dulu, dia terkenal dengan sifat bersopan santun, lemah lembut dan pemalu. Dulu......tak ada background bab berniaga-berniaga ni, dan rasanya macam tiada bakat jer....hehehheeh.


Maka, pada suatu hari dia cuba jadi agen Public Mutual unit Trust, bisnis pertama dia.


Setelah setahun berlalu, berjaya juga dia buat bisnis tu. Dapat lah jadi "TOP EPF Sales" dlm group dia Public Mutual kat Bukit Mertajam last week.

Sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan tu.

Kekuatan dia cuma ada satu jer....."Sabar"

Sunday, June 28, 2009

Yang Original







Musim buah datang lagi dan yang paling meriah buah rambutan. Durian-Raja buah memang menjadi pilihan setiap kali musim buah.



Masa dok baguih kutip buah kat rumah mertua tetiba teringat nak share gambar ni dengan adik dan kawan aku kat New Zealand. Mungkin depa tak sempat nak merasa buah durian dan rambutan pada musim ni. Tengok gambar pun jadilah kan? Tapi next year sure boleh merasa. Insyallah.


Disamping itu.....


Masakan sambal tumis udang (petai kalau ada lagi best), gulai ikan dan sambal belacan pasti menanti......yang pasti mestilah original. Guna santan, guna belacan, cabai kering,rempah dll.


Bercakap pasal original, aku terbayang soalan lazim dari staff KFC "Spicy or Original ?" selalu aku dok tengok orang dok minta yang spicy jer termasuk lah aku....heheheh.


Kenapa la KFC dok maintain yang original tu? Lagi pun dalam rak kaca tu ayam goreng yang original tu ada 5- 6 ketul jer, yang aku pasti -staff kena ikut standard procedure la- kena tanya customer "Spicy or Original" padahal dalam hati mereka pasti dah tahu jawapan customer tu.

Mungkin Ayam Goreng yang original ini kena ada kerana tanpa original maka tak tercetuslah yang spicy dan yang lain-lain lagi.

Cuba order yang Original sekali sekala ...resultnya...WOW.


Sebagai contoh bila wife tanya nak masak apa dengan ikan kembung, bila dah abis idea aku order lah kembung rebus (original habis) cicah air asam ......resultnya ...WOW.




Lepas makan nasi dan pekena buah-buah, lepak sat baca paper hari ni......."Arahan Hormat Lagu Negaraku"- Bila lagu negaraku dimainkan,ada pegawai2 kerajaan dan jurukamera buat tak endah jer.
Terfikir sejenak, lagu negaraku memang ramai tak endah coz rentak lagu tu tak memenuhi selera pendengar masakini. Macam ayam KFC original juga.
Tapi aku teringat kisah kawan aku masa dia menuntut kat Chicago dulu cerita bab lagu Negaraku ni. Lagu negaraku memang tak ada sapa nak mainkan dinegara asing dan tiada sapa yang peduli termasuk member aku la......hehehehe, sorrriiii.
Pada suatu ketika dimana pasukan student Malaysia juara games kat university tu, Maka...Lagu negaraku dimainkan oleh penganjur dan secara automatik semua student Malaysia bangun tegak dan menghayati lagu negaraku dengan penuh shahdu.
Katanya, lagu negaraku memang meremang bulu roma bila dimainkan dinegara orang. Beat Negaraku perlu dikekalkan.
Begitulah pentingnya original lagu Negaraku dikekalkan.
Apa la aku melalut pula malam nie.....hehehehh.
Cuma point aku nak cakap:
1. Kalau rasa putus idea kembali lah kepada Original Idea or Purpose.
2. Kalau rasa Original tu tak bagus, itu adalah kerana kita tak mendalami yang original idea or purpose tu.
Durian dan Rambutan pun ada perlu rasa yang original tanpa di klon dengan buah2 lain.
Aku pasti adik aku masih dengan original makan nasi dan kicap Mudim kat Wellington. Zahidi masih original menggunakan bahasa melayu dalam blog dia walaupun lebih mahir menggunakan English dalam pertuturan.
Lagi satu.....Ada kawan lama aku Kamarul Atan namanya- tagline dalam blog dia masih aku ingat walaupun blog tu dah lenyap "Aku Atan, Aku Nak Jadi Diri Aku Sendiri" (kira dia ada Originality dalam diri ...tu yang aku suka tagline tu).
Akhir kata........"Kekalkan Yang Original"







Tuesday, June 23, 2009

New Blog Layout

Sekadar nak bagitau yang layout ada ubah sikit baru2 nie coz ada ruangan baru kat bawah blog aku nie ..ruangan "Mari nyayi pelan-pelan"

So saja nak kasi member2 sezaman ngan aku boleh nyayi pelan-pelan bila boring or bila teringat zaman dolu-dolu.

Zaman masa dok berkaraoke dulu2 la....sekarang kena nyayi lah pelan2 coz tak leh macam dulu dah.

Check la,after first song complete, ada lagi...lagu spring,wings,lefthanded,imran ajmain dll versi karaoke.

Saturday, June 20, 2009

HERO

Masa aku kecik dulu sebut jer hero teringat lah nak jadi superman, spiderman,batman,plasticman dan tah apa2 man lagi dalam TV tu. Semua watak2 tu Hero penyelamat dunia la ....

Bila remaja, aku disogokkan dengan imej hero dlm filem The Matrix, Terminator,Mission Impossible dan macam2 lagi dalam movie. Semakin ganas aksinya, semakin hebat hero tu.









Bila dah bekerja dan berumah tangga, maka istilah hero tu diberikan kepada pemimpin-pemimpin dalam Malaysia yang kuat bekerja dan petah berkata-kata.




Tapi yang aku terperasan bila mendengar perbualan anak2 ku dengan rakan sebaya mereka, selalu cerita macam ayah mereka hero (akulah tu) "ayah kami bawa kami pergi memancing tempat yang..... (best2 belaka). "ayah kami pandai pancing, dapat ikan besor masa dulu2-ayah kami cakap kat kami"(yer la tu...tapi dah seabad dulu la....)

Baru aku teringat, masa aku kecik dulu aku pon cerita pasal kehebatan ayah aku kat kawan2. "Ayah aku askar masuk hutan tembak komunis. Dia masuk hutan berjalan jauh, kena berhati2 dengan jerangkap samar, kemudian bertempur, ada kawan yang cedera, mati .......etc."

Superman, spiderman dan lain2 tu hero untuk semua kanak2 dan bukannya hero untuk aku sorang. Hakikatnya semua kanak2 anggap bapanya sebagai hero dalam diri mereka.

Bapa aku Mejar Mohamed Bin Baharom bagi aku memang Hero kerana perjuangan dulu dalam tentera dan apabila setelah bersara sambung pula memperjuangkan nasib masyarakat dikampung. Keluar masuk pejabat kerajaan meminta kemudahan penduduk kampung ,surau,jalan raya,jeti, lampu jalan dan lain-lain lagi kemudahan kepada penduduk dan Nelayan di Pantai Merdeka.

Yang lebih hebat, dia berjaya menyara dan mendidik kami dengan baik walaupun masa tidak banyak dapat diluangkan...(yer la dok masuk keluar hutan jer...)

So, aku junjung jasanya kepada negara,ugama, masyarakat, saudara mara dan lebih2 lagi kepada kami sekeluarga.

Meniti penghujung usianya, aku nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada HERO aku yang sebenar-benarnya.

Selamat Hari Bapa juga kepada bapa2 yang lain. Dalam erti kata mudah " kamu semua HERO kepada keluarga kamu".

Tuesday, June 16, 2009

Lambaian Malaysia

Pemandangan rumah kenduri di Weng,Baling Kedah yang masih mempertahankan sistem makan hidang dan gotong royang dlm masyarakat. Menu utama-Gulai Daging Batang Pisang dan kerabu umbut batang kelapa.Sodap...., tambah nasi 2 kali tau! Mana taknyer,selalu dok makan kenduri katering jer.

Parit Ban


Atas pokok pisang, bawah pokok padi. Snap photo dlm keta jer.


Pemandangan yang biasa dilihat di kampung2 di Malaysia. Tak ada yang menarik jika selalu berulangalik masuk kampung atau pi kenduri kendara rumah kawan2 atau saudara mara.

Pokok padi, pokok pisang,pokok getah, sawit, parit ban, sungai etc. Masa pi makan kenduri kahwin kat Weng,Baling Kedah, makan gulai batang pisang pastu dapat teloq ayam sorang sebiji.
Biasa lah.....kat Malaysia ni camtu, tapi nak kasi best masa pi jalan-jalan tu, kita snap photo dan bila balik kita lihat kembali benda2 yang remeh tu yang selalunya kita tak peduli. Pastu, slowly cuba menghargai kecantikan alam dan budaya yang wujud disekeliling kita. Baru kita tau yang kita patut bersyukur tinggal di Malaysia yang subur tanahnya sepanjang tahun, aman negerinya dan banyak benda boleh kita buat untuk memakmurkannya sebelum kita kembali ke tanah.
Petikan dari Nabil......"Lu pikir lah sendiri"




Thursday, June 11, 2009

Kawan Lama Lagi


Aku dok belek2 gambar lama dan tetiba nak citer pasal gambar tahun 1998 ni. Yang gemuk dan bercermin mata dlm dalam gambar tu akulah, dan juga kawan2 lama, dari kiri Abu Mansor, aku, Ahmad Idham, Zaem dan sepupu Zaem. Yang mungkin semua kenal yang baju belang tu la.....masa tu dia tengah top ngan filem Mr.Cinderella.
Sekarang yang aku tengok kat TV dia dok sibuk arah filem seram komedi Jangan Pandang Belakang Congkak. Tak tahu lah dia masih ingat kawan2 lama masa kat ITM Arau 89-92 dulu. Dia ni dulu macam ada bakat jadi akauntan, tup2 jadi Pengarah Filem.....jauh sungguh tu.
Ada satu kawan masa kat ITM dulu Azlan Shah Jafril jadi partner dia bikin filem.Macam2 lah boleh jadi dalam masa 10 tahun samada dirancang atau tidak dirancang. Yang pasti usia semakin meningkat, rezeki pulak berbeza-beza. Syukur seadanya.

Tuesday, June 9, 2009

Macam Kenal Jer!


Tak ramai org hebat yang aku kenal tapi yang dalam magazine tu memang kenal sangat la....dan memang hebat pon.
Sekarang ada kat Auckland, New Zealand dan buat kerja apa tah...yang aku tahu dok mengajar mat saleh kat sana. Dia ada 3 kepakaran yang menjadikan dia hebat.
Kepakaran dia nombor satu....pandai berkata2 sampai orang mendengar boleh angguk kepala dari pagi sampai petang.
Kepakaran nombor dua.....pandai cakap pastu pandai buat lah pulak, coz ada org pandai cakap tak pandai buat.Dia dua2 pon boleh.
Kepakaran nombor tiga.....Pakar tolong orang, kalau dia tolong sampai orang yang kena tolong jadi takut sebab terlalu bersungguh-sungguh.
So aku buat cover magazine dihiaskan dlm blog aku sebagai motivasi kepada yang lain untuk menjadi orang yang hebat.

Birthday?







Bertemu kembali, maka pada 06.06.2009 maka tercapailah cita2 ayahku agar kami berkumpul sekeluarga,tengah hari tu pi makan kenduri kawan kak za kat Rest House Pantai Merdeka. Pada sebelah malam nya buat ayam golek beserta menyambut birthday my dad and me....hehehhe.
Tapi birhday kali nie mcm special pulak....ramai sungguh wish happy birhday melalui fon atau e-mail.Yang best nyer adik aku kat Wellington buat fon call wish happy birhday.Siap dapat hadiah lagi dari mereka,kakak and of course my wife...heheheh, tengoklah jam tu.hadiah la tu...
My mom and dad also wish me happy birthday siap kasi hadiah baju and bag lagi...hebat2.Tak lupa juga my friends zahidi,mas,maja,asmizan,Fauzi Taha yang hantar birhday wish kat my face book.Pak Su,Mak Ndak,Faizah,Kak Na Abg Aziz still tak lupa nak wish too. Memang rasa hebat dikelilingi oleh saudara dan kawan2 yang hebat.
Dah 38 tahun pun dan tak expect ramai ingat kat aku lagi,tapi allah maha kaya kan?Thanks again to u all. Nak tunaikan hajat dad tapi i sendiri dapat anugerah...hehehhhe... syukur.




Thursday, May 28, 2009

Menanti Kepulangan



Post yang lalu aku tujukan kepada Ayah dan Mak yang mengajar erti sabar supaya aku dapat salurkan kepada anak2.
Kali ini aku ceritakan tentang mereka yang kini ada di Pantai Merdeka, Kedah.
Setiap kali aku balik kampung, yang pasti mereka gembira kerana mereka selalu menanti kepulangan anak2 dan cucu. Rumah besor macam bungalow, tapi hanya dua orang saja isinya. Komunikasi yang terhad, mereka menantikan cucu dan anak2 disisi agar terhibur.
Semenjak adik aku sambung study di Wellington, aku pulak sibuk dengan MBA aku, Kakak aku dengan Kelas Tuisyen dan yang bongsu dengan study final year kat Politeknik, Bungalow jadi semakin sepi.
"Jan! hang pakat ngan kak hang balik sini sebab ayah nak sembelih ayam kampung".Pahamlah aku makna tersirat tu.
Aku nak pastikan pada 06.06.2009 matlamat tu tercapai.
Kepada adik kat Wellington tu, Ayah macam tak sabur menanti kepulangan semua pada November nie untuk berkumpul semula.

My Team





My Team ada 2 org jer, anak sulong and 2nd, so bila ada free time kitaorang round2 somewhere around Bukit Mertajam or Juru dengan fishing rod. Bila jumpa port baru, kita test sejam dua kat sana. Selalu resultnyer....hampeh.
Tangkul ketam juga dibawa bersama, kalau sesuai airnya barulah tangkul itu dilabuhkan. Selalunya tangkul tu dok standy kat belakang keta jer coz kebanyakan tempat tak sesuai nak tangkul ketam.
Aku selalu dok ingat masa dulu2 masa kena tolong ayah aku di laut. Banyak ajar aku erti sabar bila berurusan dengan rezeki laut. Aku perturunkan kepada anak aku agar bersabar dengan aktiviti memancing nie. Walaupun selalu kecundang, namun aktiviti tetap diteruskan.
Tak perlu diterangkan kebaikan bersabar nie. Tok guru or Mentor aku ajar bersabar nie memang sentiasa ada dari dulu hingga selamanya....my mum.
Motif cerita ini just nak kasi kredit pada Ayah dan Mak aku tentang makna sabar yang di ajar kepada anak2.

Mari nyayi pelan-pelan