Friday, September 4, 2009

Hentam jer la Labu


Puasa dah lebih 10 hari, Hari Merdeka ke 52 pun sudah disambut. Tapi aku membatu lagi dok baca blog orang dan jengok2 face book sambil senyum sorang2.


Tiada bahan nak menulis. Maid tak der, maka kerja2 maid aku kena ambil setengah lagi setengah bagi kat wife.Satu lagi line internet baru jer OK tu yang lama aku membatu.


Suasana raya belum lagi terasa tapi bunga2 dah ada,duit dan duit lah tu bila raya menjelma.


Macam tu la bapak2 kita dulu, sekarang turn aku jadi bapak kena alami lah, tapi enjoy la juga bila tengok anak2 seronok.


Freeze aktiviti memancing bulan posa kerana hujan selalu dok turun waktu petang dan faktor tak tahan dahaga la...


Aktiviti yang paling best....tidor,tengok tv dan pikir yang simple2.Maleh nak load kepala dengan apa2 plan lagi.




Tak suka tengok berita 8pm dah, rasa semua cerita berat sebelah. Semua nak tunjuk depa buat kerja padahal ramai yang dah menderita dan terpaksa bawa problem kat TV3. Ekonami negara katanya semakin baik hakikatnya harga barang2 dah naik,petrol naik bekalan gula shortage. Politik pun teruk-MCA pun berpecah2 ,UMNO dok tembak2 Nik Aziz,PKR,kes rasuah orang politik.....,tak campur masalah H1N1 yang dah mcm tak upaya nak control kasi reduce jumlah kes baru...dok angka 200 lebih jer kes baru sehari. Tapi dalam berita mcm dok cover2 lagi. Maleh2 nak pikir.


Member aku kata, kalau tak dak power nak ubah keadaan,duduk diam2 sudah lah.Cakap banyak buang karan jer.Betul juga tu.


Masa sekarang jangan dok pikir2 banyak macam main chess, buat mcm main dam aji jer.Bila pihak lawan kasi kita makan buah dam,kena makan sebab kalau tak mau makan dia tarik buah dam kita.


Kalau keadaan semakin teruk, main dam ular jer lambung dadu tengok nasib kot2 boleh panjat tangga. Lagi tak payah pikir teruk2.


Ingat citer labu labi? Pikir senang jer...nak cari kayu api,nak cari kayu api.....heheheheh, curi ayat member aku dlm blog dia la.


Entah la, u all paham ke tak aku membebel ni. Aku belasah jer tulis kasi ada update sikit selama sebulan membatu ni.Hentam jer la Labu.
Layan tengok Labu dan Labi lagi baik dari dok layan tengok berita.








Mari nyayi pelan-pelan