Saturday, August 21, 2010

Penubuhan Koperasi

Mengambil kira cadangan Zikri Hasbullah tu dlm pertemuan malam tu maka dalam FB mula lah start bincang2 penubuhan koperasi secara am.
Dalam kepala aku dari dulu lagi tak pernah terfikir pasal Koperasi......Koperasi sekolah jual buku,alatulis,keperluan murid tahu la.Jumlah Koperasi ada tujuh ribu lebih kat M'sia ni dan tak aktif pon jenuh la jugak!

Semua koperasi kena daftar dgn Suruhanjava Koperasi M'sia dan tertakluk kepada Akta Koperasi 1993.

Maka kerja rumah pon bermula.....cari bahan2 pasal penubuhan koperasi, kepentingan dan halangan2 dalam koperasi.

Kelebihan koperasi pada pendapat aku:
Pertama-Jika Ahli Ramai maka Dana pon lebih, (boleh buat projek skala lebih besar)
Kedua-Liabiliti ahli terhad kepada modal.
Ketiga-Berkongsi Pengetahuan dan Kemahiran dikalangan Ahli.
Keempat-Meningkatkan ekonomi ahli (jika ditadbir dgn baik)
Kelima-Siraturrahim dapat dieratkan sesama ahli (jika tahap pemahaman ahli setaraf)
Keenam-Amat kurang penvelewengan berlaku kerana pengawasan akaun begitu baik dimana juruaudit dalaman dan Luar dilantik untuk memerika akaun.

Kelemahan koperasi pula:
Pertama-Proses membuat keputusan lewat kerana perlu mendapat mandat dari ahli2 terlebih dahulu dan mungkin peluang perniagaan diterima terlepas ketangan orang lain.
Kedua-Kelemahan pentadbiran merancang kewangan dan budget, ini membuatkan projek menjadi "Over Budget" seterusnva ahli menaggung risiko menerima dividen rendah dan risiko modal berkurangan.

Walaubagaimana pun setelah ditimbang tara.......Koperasi dicadang perlu diteruskan kerana ada unsur baik dari segi Islam disitu....Menghubungkan siraturrahim dan ini pasti ada pahala menanti.

Reunion SMTAS

Bertitik dari reunion pada June 2010 maka dalam ramai2 kawan dlm FB ada sorang dari kami dah jadi Orang Penting kat Acheh...Hairan Bin Ajaib tu!


Nama dia Zikri Hasbullah org Kodiang Kedah.Dulu dia ni sekelas la...dan duduk sebelah aku, rumah sewa pon dok sekali kat "Long House". Maka kenai sangat la.
Tup2 bila buka FB dia maka macam2 ada.....


Bersama Guan Eng dan Sultan Mizan pon ada dlm FB dia........gabenor Acheh pon ada tapi tak masuk la kt sini .
Dia dah jadi Presiden Al Muawarrah Global berpusat di Shah Alam, Acheh dan Dubai.
Projek terbaru kat Acheh...buka Lombong Emas kat Acheh dan dlm FB dia jenuh la gambaq ketui2 emas dan lombong-lombong emas.
Dia turun mai Penang sebab nak cari investor maka geng2 SMTAS dapat tengok ketul intan,emas belum proses,batu permata dan paling best dia bawa sama coin emas print nama Al Munawarah.
Ada 500 lubang emas dan 3 lubang dari 500 lubang dia offer kat geng SMTAS kerana esok tu Kumpulan Naza borong semua.
Bagus juga FB ni...boleh juga trace member2 lama.......ada amanat Zikri bagi masa jumpa tu.....Tubuh La KOPERASI......ermmmmmm


Facebook


Lama dah tak update kat sini sebab dah demam facebook, maklumlah FB lebih "Fun" sebab boleh cari member lama lepas tu boleh tinggalkan komen pendek2 dan lebih merapu sikit...hehehehe maka cerita lama2 pon dah keluaq.


Post aku kali ni pasal trend FB pastu reunion. dan tak terkecuali geng Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.


Mula2 jumpa sikit dlm facebook lepas tu buatla arrangement jumpa kat Kelab Cinta Savang Sg.Petani dan jumlah kecil 7 orang sahaja.
Maka acara bermula pukul 8 dan habis pukul 3 pagi. Semua masih sama cuma rupa dah berubah.
Ada Fadzizul,Mie Mail,Shamsul,Hashril,Rozaidi,Lee Bone.Boleh kata dalam group ni ada top student dan ada student kahaq masa dulu.

Mari nyayi pelan-pelan