Saturday, August 21, 2010

Penubuhan Koperasi

Mengambil kira cadangan Zikri Hasbullah tu dlm pertemuan malam tu maka dalam FB mula lah start bincang2 penubuhan koperasi secara am.
Dalam kepala aku dari dulu lagi tak pernah terfikir pasal Koperasi......Koperasi sekolah jual buku,alatulis,keperluan murid tahu la.Jumlah Koperasi ada tujuh ribu lebih kat M'sia ni dan tak aktif pon jenuh la jugak!

Semua koperasi kena daftar dgn Suruhanjava Koperasi M'sia dan tertakluk kepada Akta Koperasi 1993.

Maka kerja rumah pon bermula.....cari bahan2 pasal penubuhan koperasi, kepentingan dan halangan2 dalam koperasi.

Kelebihan koperasi pada pendapat aku:
Pertama-Jika Ahli Ramai maka Dana pon lebih, (boleh buat projek skala lebih besar)
Kedua-Liabiliti ahli terhad kepada modal.
Ketiga-Berkongsi Pengetahuan dan Kemahiran dikalangan Ahli.
Keempat-Meningkatkan ekonomi ahli (jika ditadbir dgn baik)
Kelima-Siraturrahim dapat dieratkan sesama ahli (jika tahap pemahaman ahli setaraf)
Keenam-Amat kurang penvelewengan berlaku kerana pengawasan akaun begitu baik dimana juruaudit dalaman dan Luar dilantik untuk memerika akaun.

Kelemahan koperasi pula:
Pertama-Proses membuat keputusan lewat kerana perlu mendapat mandat dari ahli2 terlebih dahulu dan mungkin peluang perniagaan diterima terlepas ketangan orang lain.
Kedua-Kelemahan pentadbiran merancang kewangan dan budget, ini membuatkan projek menjadi "Over Budget" seterusnva ahli menaggung risiko menerima dividen rendah dan risiko modal berkurangan.

Walaubagaimana pun setelah ditimbang tara.......Koperasi dicadang perlu diteruskan kerana ada unsur baik dari segi Islam disitu....Menghubungkan siraturrahim dan ini pasti ada pahala menanti.

Reunion SMTAS

Bertitik dari reunion pada June 2010 maka dalam ramai2 kawan dlm FB ada sorang dari kami dah jadi Orang Penting kat Acheh...Hairan Bin Ajaib tu!


Nama dia Zikri Hasbullah org Kodiang Kedah.Dulu dia ni sekelas la...dan duduk sebelah aku, rumah sewa pon dok sekali kat "Long House". Maka kenai sangat la.
Tup2 bila buka FB dia maka macam2 ada.....


Bersama Guan Eng dan Sultan Mizan pon ada dlm FB dia........gabenor Acheh pon ada tapi tak masuk la kt sini .
Dia dah jadi Presiden Al Muawarrah Global berpusat di Shah Alam, Acheh dan Dubai.
Projek terbaru kat Acheh...buka Lombong Emas kat Acheh dan dlm FB dia jenuh la gambaq ketui2 emas dan lombong-lombong emas.
Dia turun mai Penang sebab nak cari investor maka geng2 SMTAS dapat tengok ketul intan,emas belum proses,batu permata dan paling best dia bawa sama coin emas print nama Al Munawarah.
Ada 500 lubang emas dan 3 lubang dari 500 lubang dia offer kat geng SMTAS kerana esok tu Kumpulan Naza borong semua.
Bagus juga FB ni...boleh juga trace member2 lama.......ada amanat Zikri bagi masa jumpa tu.....Tubuh La KOPERASI......ermmmmmm


Facebook


Lama dah tak update kat sini sebab dah demam facebook, maklumlah FB lebih "Fun" sebab boleh cari member lama lepas tu boleh tinggalkan komen pendek2 dan lebih merapu sikit...hehehehe maka cerita lama2 pon dah keluaq.


Post aku kali ni pasal trend FB pastu reunion. dan tak terkecuali geng Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.


Mula2 jumpa sikit dlm facebook lepas tu buatla arrangement jumpa kat Kelab Cinta Savang Sg.Petani dan jumlah kecil 7 orang sahaja.
Maka acara bermula pukul 8 dan habis pukul 3 pagi. Semua masih sama cuma rupa dah berubah.
Ada Fadzizul,Mie Mail,Shamsul,Hashril,Rozaidi,Lee Bone.Boleh kata dalam group ni ada top student dan ada student kahaq masa dulu.

Sunday, March 28, 2010

Konvokesyen ke-23 UUM




Pada sabtu lepas 27 Mac 2010 hari konvo aku ...dah tamat pon MBA aku. Best sikit coz Sultan Kedah yang kasi directly.

Yang best juga sebab aku tak sangka Tan Sri Jins Samsudin pon konvo bersama-sama aku pada sessi pertama. Umur dia dah 74 tahun nampak gagah lagi naik ke pentas ........dia terima phd untuk tesis : Filem Melayu 1930an-1960an sebagai citra budaya dan sejarah negara.


Mula2 phd ambil dulu ijazah lepas tu baru la master pulak beratur naik ker pentas. Masa beratur tu maka aku sempat mencari2 barisan penerima phd tu,nak tengok jins la kata kan......tak ada ,pastu kat sebelah aku jer ada orang senyum dan hulur tangan salam....jins samsuddin la,maka aku berjabat tangan dan ucapkan tahniah.


Tapi tak dapat snap photo dengan dia coz aku tengah berbaris....rugi2.


Aku rasa terharu masa mula2 masuk dewan sebab depa pasang lagu sudirman ayah dan ibu.

Sebab tetiba aku flashback masa aku susah meniaga dulu dan sekarang tak semewah mana pon. Tapi ayah dan ibu masih kukuh menyokong aku begitu juga isteri dan sanak saudara. Tu yang sayuti sangat dengar lagu tu.

Ayah aku,mak,kak za dan isteri ada kat barisan belakang teman kan aku....terima kasih yang tak terhingga. Semoga masih ada sinar dihadapan.

Ibu mertua dan kakak/abang ipar dan anak2 pon menyusul kemudian meraikan konvo tu. Terima kasih juga sebab bersusah payah mendaki bukit naik ke dewan.


Masa driving balik ..perasaan suka dan duka bercampur baur. Suka sebab dah habis study dan sedih sebab aku dah jadi ex-UUM. Apa pula next?

Apa pun shukur alhamdulillah segalanya selamat dan semoga aku dapat manafaatkan ilmu untuk berbakti.

Wednesday, February 10, 2010

Derma

Haji Zakaria ni aku tak kenal pon, cuma selalu nampak kat area utara somewhere Bukit Mertajam dan Kulim,Butterworth etc. Kira2 setahun dua dulu aku jumpa dia di Kulim di kedai makan. Masa aku lunch kat Bandar Perda,nampak dia lagi dan seperti biasa hulurkan file minta sumbangan orang ramai. File biru dibimbit tu dah cukup usang dan diusung dari satu ke satu meja minta sumbangan orang ramai. Orang pula mood nak makan tak sangat nak layan pakchik tua ini. Ada yang buka file belek2 sikit2 macam nak ambil hati jer pastu hulur lah 1-2 ringgit.



Bila sampai kat meja aku, member aku pelawa dia duduk dan makan sekali tapi dia menolak sekadar hulur file, tapi dia duduk. Bila sembang-sembang maka aku kenalpasti dia memang orang Malaysia loghat kedah. Sah orang malaysia nama Zakaria Bin Ahmad dari Kuala Nerang.
Aku ambil file tu cuba nak faham apa yang dia nak sebab dulu aku rasa macam dah kasi sumbangan tapi aku tak baca file. Kali ini aku ambil peluang untuk baca details sikit.


Tahulah aku....dia nak guna tanah yang dibeli atas sumbangan orang ramai untuk membina Pusat Penjagaan Anak Yatim Al-Hidayah di Lot 42/43 Mukim Tekai, Kuala Nerang, Kedah -seperti tertera dalam daftar syarikat. Lot tanah-Seperti photo diatas.


Serius ker dia nak bina Pusat Jagaan anak Yatim tu? So aku korek2 rahsia lagi....memang serius la...tapi dia orang tua yang tak pandai nak menyusun ayat power2 nak yakinkan orang, sebutan pun mcm tak berapa jelas butiran. Maka kena belek2 lagi file cungkil isi dalam file.


Ada geran tanah





Ada pelan dan Design Surau yang ada ukuran lengkap. Berapa Kos pembinaan? estimate dalam RM 800,000.00 (tahun 2008, sekarang harga barang dah naik ...logiknya kos naik juga).

Dalam hati aku tanya lagi.... Boleh caya ka?Belek lagi file biru tu.......

Ada surat sokongan dari kerajaan Negeri Kedah la...26 May 2008 (sorry pic tak boleh rotate).

Dan Haji Zakaria ni memang pengerusi sebab banyak surat lain dikeluarkan ada tandatangan dia....dalam Jawi dan aku rasa dia tak boleh tulis rumi sebab masa aku suruh tulis nama dia ... dia bantai jawi semua.

Maka ....soalan aku yg terakhir.....dah setakat mana pembinaan? Jawapan-tanah dah ditolak semak2 dah tak ada, ada sikit duit beli bahan pastu kutip lagi...seminggu sekali balik rumah, masa outstation buat kutipan waktu malam tidur di mesjid.
Lagi banyak soalan nak tanya sebab tak pernah aku jumpa orang nak bina rumah anak yatim kutip derma dari meja ke meja makan, ambil jangkamasa yang panjang nak laksanakan dan selalunya projek kerajaan. Jumlah dikutip setakat meja ke meja tu mana mungkin boleh siap cepat, kena guna project manager or contractor yang cekap nak pastikan projek schedule on time, cost effective.....dan banyak lagi dalam pikiran aku.
Kalau aku ada duit banyak, aku cukup berminat nak tolong taja dan jayakan misi pak chik ni.....melawat tapak dan buat apa2 yang patut.
Ada orang dikurniakan harta kekayaan,ada dikurniakan ilmu......gunakanlah untuk kebaikan. So aku ada ilmu nak ketuk2 keyboard dan browse internet, maka aku buat marketing la kat dia.
So kepada sesiapa yang dikurniakan harta kekayaan, ini adalah pelaburan yang dijanjikan pulangan yang paling lumayan.
Atas persetujuan Pak Chik Ni, aku snap photo2 dokumen dalam file tu sebab aku rasa tenaga pak chik tu semakin berkurangan, coverage nak buat collection pun terhad. Apa salahnya cuba guna blog, face book, e-mail untuk buat kutipan.....mungkin lebih efficient. Aku explain kat dia.
Dengan bersemangat dia bersetuju...bagi aku kalau dia niat buruk..mesti dia tak sanggup nak kasi snap gambar dia, IC dia dan dokumen2 lain kat aku....setakat itu saja aku mampu ukur kejujuran dalam projek ini.
Berkenaan dengan kenapa dia tak minta bantuan dari agensi2, jabatan2, badan2 korporat, parti politik etc aku tak sentuh. Sebab aku rasa dia tak ada ability dan personaliti yang hebat untuk menarik mereka semua. Cuma aku rasa dia ada niat yang paling baik untuk dikongsi oleh orang islam.
Kepada rakan2 yang ada lebihan ...RM10.00 pun sudah cukup untuk disumbang melalui perbankan internet. Hebahkan pon ok juga....kerana aku rasa macam buat MLM juga...dapat pahala sorang sikit bila downline buat sumbangan.
Details akaun dia..
Nama : Zakaria Bin Ahmad
Bank Islam a/c No : 002202002058778

Sunday, January 31, 2010

Sejarah

Ini mak aku bersama kakak aku dalam tahun 1969, nak ambil gambar kena pergi kedai gambar lepas tu bukan siap segera kena tunggu cuci 2-3 hari juga. Pastu nak kena pos pula gambar ni hantar kat ayah aku kat serawak. Sekarang tangkap segera pakai digi-cam pastu hantar pon segera pakai e-mail.

Ini gambar lagi lama, belakang tengah adalah Arwah Wan Dahari ayah kepada mak aku. Aku agak2 pic ni dalam tahun 50an.

Pic mak dan ayah kawin, aku agak2 dalam tahun 1967-68


Ini koleksi paling tua dan aku pun rasa pic nenek aku Arwah Tok Saad dan Nek Besah dan pic ni mungkin tahun 40an.
Aku simpan album ni sebab memang aku bercadang nak publish kat facebook kasi semua sanak saudara share sejarah dulu. Nanti mana lah tahu salasilah ini bakal lahirkan perdana menteri malaysia so boleh la sanak saudara tumpang gembira berada dalam salasilah ini.
Kepada saudara mara, lawatlah facebook aku mazlizan71@yahoo.com untuk save gambar ini dan banyak lagi.(dalam 50 keping semuanya).
Semoga siraturrahim dapat dieratkan.



Saturday, January 23, 2010

Update Blog

Dah lama aku tak up date blog, bukan sibuk tapi tak tau nak citer apa. Jadi entry kali nak citer bab auditing.
Memang best boleh audit ni......yer la check kerja orang, tapi tak best bila orang check kerja kita...biasalah tu.
Last 2 weeks dapat lah peluang pergi Singapore audit sales office kat sana for 2 days. Tak ada apa yang menarik pon kecuali boleh jalan-jalan pi jalan2 dan shopping sikit2. Yang pastinyer aku terhidu macam ada sentimen kerakyatan kedua-dua negara bila borak-borak ngan mereka termasuk pemandu teksi. Yer la....banyak isu antara Malaysia dan Singapore yang menjadikan kita tak boleh berkawan. Tak kawan pun tak rugi kot!



Bangunan Ofis kat Alexandra Point tingkat 3.

Mari nyayi pelan-pelan