Sunday, June 28, 2009

Yang Original







Musim buah datang lagi dan yang paling meriah buah rambutan. Durian-Raja buah memang menjadi pilihan setiap kali musim buah.



Masa dok baguih kutip buah kat rumah mertua tetiba teringat nak share gambar ni dengan adik dan kawan aku kat New Zealand. Mungkin depa tak sempat nak merasa buah durian dan rambutan pada musim ni. Tengok gambar pun jadilah kan? Tapi next year sure boleh merasa. Insyallah.


Disamping itu.....


Masakan sambal tumis udang (petai kalau ada lagi best), gulai ikan dan sambal belacan pasti menanti......yang pasti mestilah original. Guna santan, guna belacan, cabai kering,rempah dll.


Bercakap pasal original, aku terbayang soalan lazim dari staff KFC "Spicy or Original ?" selalu aku dok tengok orang dok minta yang spicy jer termasuk lah aku....heheheh.


Kenapa la KFC dok maintain yang original tu? Lagi pun dalam rak kaca tu ayam goreng yang original tu ada 5- 6 ketul jer, yang aku pasti -staff kena ikut standard procedure la- kena tanya customer "Spicy or Original" padahal dalam hati mereka pasti dah tahu jawapan customer tu.

Mungkin Ayam Goreng yang original ini kena ada kerana tanpa original maka tak tercetuslah yang spicy dan yang lain-lain lagi.

Cuba order yang Original sekali sekala ...resultnya...WOW.


Sebagai contoh bila wife tanya nak masak apa dengan ikan kembung, bila dah abis idea aku order lah kembung rebus (original habis) cicah air asam ......resultnya ...WOW.




Lepas makan nasi dan pekena buah-buah, lepak sat baca paper hari ni......."Arahan Hormat Lagu Negaraku"- Bila lagu negaraku dimainkan,ada pegawai2 kerajaan dan jurukamera buat tak endah jer.
Terfikir sejenak, lagu negaraku memang ramai tak endah coz rentak lagu tu tak memenuhi selera pendengar masakini. Macam ayam KFC original juga.
Tapi aku teringat kisah kawan aku masa dia menuntut kat Chicago dulu cerita bab lagu Negaraku ni. Lagu negaraku memang tak ada sapa nak mainkan dinegara asing dan tiada sapa yang peduli termasuk member aku la......hehehehe, sorrriiii.
Pada suatu ketika dimana pasukan student Malaysia juara games kat university tu, Maka...Lagu negaraku dimainkan oleh penganjur dan secara automatik semua student Malaysia bangun tegak dan menghayati lagu negaraku dengan penuh shahdu.
Katanya, lagu negaraku memang meremang bulu roma bila dimainkan dinegara orang. Beat Negaraku perlu dikekalkan.
Begitulah pentingnya original lagu Negaraku dikekalkan.
Apa la aku melalut pula malam nie.....hehehehh.
Cuma point aku nak cakap:
1. Kalau rasa putus idea kembali lah kepada Original Idea or Purpose.
2. Kalau rasa Original tu tak bagus, itu adalah kerana kita tak mendalami yang original idea or purpose tu.
Durian dan Rambutan pun ada perlu rasa yang original tanpa di klon dengan buah2 lain.
Aku pasti adik aku masih dengan original makan nasi dan kicap Mudim kat Wellington. Zahidi masih original menggunakan bahasa melayu dalam blog dia walaupun lebih mahir menggunakan English dalam pertuturan.
Lagi satu.....Ada kawan lama aku Kamarul Atan namanya- tagline dalam blog dia masih aku ingat walaupun blog tu dah lenyap "Aku Atan, Aku Nak Jadi Diri Aku Sendiri" (kira dia ada Originality dalam diri ...tu yang aku suka tagline tu).
Akhir kata........"Kekalkan Yang Original"







Tuesday, June 23, 2009

New Blog Layout

Sekadar nak bagitau yang layout ada ubah sikit baru2 nie coz ada ruangan baru kat bawah blog aku nie ..ruangan "Mari nyayi pelan-pelan"

So saja nak kasi member2 sezaman ngan aku boleh nyayi pelan-pelan bila boring or bila teringat zaman dolu-dolu.

Zaman masa dok berkaraoke dulu2 la....sekarang kena nyayi lah pelan2 coz tak leh macam dulu dah.

Check la,after first song complete, ada lagi...lagu spring,wings,lefthanded,imran ajmain dll versi karaoke.

Saturday, June 20, 2009

HERO

Masa aku kecik dulu sebut jer hero teringat lah nak jadi superman, spiderman,batman,plasticman dan tah apa2 man lagi dalam TV tu. Semua watak2 tu Hero penyelamat dunia la ....

Bila remaja, aku disogokkan dengan imej hero dlm filem The Matrix, Terminator,Mission Impossible dan macam2 lagi dalam movie. Semakin ganas aksinya, semakin hebat hero tu.









Bila dah bekerja dan berumah tangga, maka istilah hero tu diberikan kepada pemimpin-pemimpin dalam Malaysia yang kuat bekerja dan petah berkata-kata.




Tapi yang aku terperasan bila mendengar perbualan anak2 ku dengan rakan sebaya mereka, selalu cerita macam ayah mereka hero (akulah tu) "ayah kami bawa kami pergi memancing tempat yang..... (best2 belaka). "ayah kami pandai pancing, dapat ikan besor masa dulu2-ayah kami cakap kat kami"(yer la tu...tapi dah seabad dulu la....)

Baru aku teringat, masa aku kecik dulu aku pon cerita pasal kehebatan ayah aku kat kawan2. "Ayah aku askar masuk hutan tembak komunis. Dia masuk hutan berjalan jauh, kena berhati2 dengan jerangkap samar, kemudian bertempur, ada kawan yang cedera, mati .......etc."

Superman, spiderman dan lain2 tu hero untuk semua kanak2 dan bukannya hero untuk aku sorang. Hakikatnya semua kanak2 anggap bapanya sebagai hero dalam diri mereka.

Bapa aku Mejar Mohamed Bin Baharom bagi aku memang Hero kerana perjuangan dulu dalam tentera dan apabila setelah bersara sambung pula memperjuangkan nasib masyarakat dikampung. Keluar masuk pejabat kerajaan meminta kemudahan penduduk kampung ,surau,jalan raya,jeti, lampu jalan dan lain-lain lagi kemudahan kepada penduduk dan Nelayan di Pantai Merdeka.

Yang lebih hebat, dia berjaya menyara dan mendidik kami dengan baik walaupun masa tidak banyak dapat diluangkan...(yer la dok masuk keluar hutan jer...)

So, aku junjung jasanya kepada negara,ugama, masyarakat, saudara mara dan lebih2 lagi kepada kami sekeluarga.

Meniti penghujung usianya, aku nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada HERO aku yang sebenar-benarnya.

Selamat Hari Bapa juga kepada bapa2 yang lain. Dalam erti kata mudah " kamu semua HERO kepada keluarga kamu".

Tuesday, June 16, 2009

Lambaian Malaysia

Pemandangan rumah kenduri di Weng,Baling Kedah yang masih mempertahankan sistem makan hidang dan gotong royang dlm masyarakat. Menu utama-Gulai Daging Batang Pisang dan kerabu umbut batang kelapa.Sodap...., tambah nasi 2 kali tau! Mana taknyer,selalu dok makan kenduri katering jer.

Parit Ban


Atas pokok pisang, bawah pokok padi. Snap photo dlm keta jer.


Pemandangan yang biasa dilihat di kampung2 di Malaysia. Tak ada yang menarik jika selalu berulangalik masuk kampung atau pi kenduri kendara rumah kawan2 atau saudara mara.

Pokok padi, pokok pisang,pokok getah, sawit, parit ban, sungai etc. Masa pi makan kenduri kahwin kat Weng,Baling Kedah, makan gulai batang pisang pastu dapat teloq ayam sorang sebiji.
Biasa lah.....kat Malaysia ni camtu, tapi nak kasi best masa pi jalan-jalan tu, kita snap photo dan bila balik kita lihat kembali benda2 yang remeh tu yang selalunya kita tak peduli. Pastu, slowly cuba menghargai kecantikan alam dan budaya yang wujud disekeliling kita. Baru kita tau yang kita patut bersyukur tinggal di Malaysia yang subur tanahnya sepanjang tahun, aman negerinya dan banyak benda boleh kita buat untuk memakmurkannya sebelum kita kembali ke tanah.
Petikan dari Nabil......"Lu pikir lah sendiri"




Thursday, June 11, 2009

Kawan Lama Lagi


Aku dok belek2 gambar lama dan tetiba nak citer pasal gambar tahun 1998 ni. Yang gemuk dan bercermin mata dlm dalam gambar tu akulah, dan juga kawan2 lama, dari kiri Abu Mansor, aku, Ahmad Idham, Zaem dan sepupu Zaem. Yang mungkin semua kenal yang baju belang tu la.....masa tu dia tengah top ngan filem Mr.Cinderella.
Sekarang yang aku tengok kat TV dia dok sibuk arah filem seram komedi Jangan Pandang Belakang Congkak. Tak tahu lah dia masih ingat kawan2 lama masa kat ITM Arau 89-92 dulu. Dia ni dulu macam ada bakat jadi akauntan, tup2 jadi Pengarah Filem.....jauh sungguh tu.
Ada satu kawan masa kat ITM dulu Azlan Shah Jafril jadi partner dia bikin filem.Macam2 lah boleh jadi dalam masa 10 tahun samada dirancang atau tidak dirancang. Yang pasti usia semakin meningkat, rezeki pulak berbeza-beza. Syukur seadanya.

Tuesday, June 9, 2009

Macam Kenal Jer!


Tak ramai org hebat yang aku kenal tapi yang dalam magazine tu memang kenal sangat la....dan memang hebat pon.
Sekarang ada kat Auckland, New Zealand dan buat kerja apa tah...yang aku tahu dok mengajar mat saleh kat sana. Dia ada 3 kepakaran yang menjadikan dia hebat.
Kepakaran dia nombor satu....pandai berkata2 sampai orang mendengar boleh angguk kepala dari pagi sampai petang.
Kepakaran nombor dua.....pandai cakap pastu pandai buat lah pulak, coz ada org pandai cakap tak pandai buat.Dia dua2 pon boleh.
Kepakaran nombor tiga.....Pakar tolong orang, kalau dia tolong sampai orang yang kena tolong jadi takut sebab terlalu bersungguh-sungguh.
So aku buat cover magazine dihiaskan dlm blog aku sebagai motivasi kepada yang lain untuk menjadi orang yang hebat.

Birthday?







Bertemu kembali, maka pada 06.06.2009 maka tercapailah cita2 ayahku agar kami berkumpul sekeluarga,tengah hari tu pi makan kenduri kawan kak za kat Rest House Pantai Merdeka. Pada sebelah malam nya buat ayam golek beserta menyambut birthday my dad and me....hehehhe.
Tapi birhday kali nie mcm special pulak....ramai sungguh wish happy birhday melalui fon atau e-mail.Yang best nyer adik aku kat Wellington buat fon call wish happy birhday.Siap dapat hadiah lagi dari mereka,kakak and of course my wife...heheheh, tengoklah jam tu.hadiah la tu...
My mom and dad also wish me happy birthday siap kasi hadiah baju and bag lagi...hebat2.Tak lupa juga my friends zahidi,mas,maja,asmizan,Fauzi Taha yang hantar birhday wish kat my face book.Pak Su,Mak Ndak,Faizah,Kak Na Abg Aziz still tak lupa nak wish too. Memang rasa hebat dikelilingi oleh saudara dan kawan2 yang hebat.
Dah 38 tahun pun dan tak expect ramai ingat kat aku lagi,tapi allah maha kaya kan?Thanks again to u all. Nak tunaikan hajat dad tapi i sendiri dapat anugerah...hehehhhe... syukur.




Mari nyayi pelan-pelan