Wednesday, February 10, 2010

Derma

Haji Zakaria ni aku tak kenal pon, cuma selalu nampak kat area utara somewhere Bukit Mertajam dan Kulim,Butterworth etc. Kira2 setahun dua dulu aku jumpa dia di Kulim di kedai makan. Masa aku lunch kat Bandar Perda,nampak dia lagi dan seperti biasa hulurkan file minta sumbangan orang ramai. File biru dibimbit tu dah cukup usang dan diusung dari satu ke satu meja minta sumbangan orang ramai. Orang pula mood nak makan tak sangat nak layan pakchik tua ini. Ada yang buka file belek2 sikit2 macam nak ambil hati jer pastu hulur lah 1-2 ringgit.



Bila sampai kat meja aku, member aku pelawa dia duduk dan makan sekali tapi dia menolak sekadar hulur file, tapi dia duduk. Bila sembang-sembang maka aku kenalpasti dia memang orang Malaysia loghat kedah. Sah orang malaysia nama Zakaria Bin Ahmad dari Kuala Nerang.
Aku ambil file tu cuba nak faham apa yang dia nak sebab dulu aku rasa macam dah kasi sumbangan tapi aku tak baca file. Kali ini aku ambil peluang untuk baca details sikit.


Tahulah aku....dia nak guna tanah yang dibeli atas sumbangan orang ramai untuk membina Pusat Penjagaan Anak Yatim Al-Hidayah di Lot 42/43 Mukim Tekai, Kuala Nerang, Kedah -seperti tertera dalam daftar syarikat. Lot tanah-Seperti photo diatas.


Serius ker dia nak bina Pusat Jagaan anak Yatim tu? So aku korek2 rahsia lagi....memang serius la...tapi dia orang tua yang tak pandai nak menyusun ayat power2 nak yakinkan orang, sebutan pun mcm tak berapa jelas butiran. Maka kena belek2 lagi file cungkil isi dalam file.


Ada geran tanah





Ada pelan dan Design Surau yang ada ukuran lengkap. Berapa Kos pembinaan? estimate dalam RM 800,000.00 (tahun 2008, sekarang harga barang dah naik ...logiknya kos naik juga).

Dalam hati aku tanya lagi.... Boleh caya ka?Belek lagi file biru tu.......

Ada surat sokongan dari kerajaan Negeri Kedah la...26 May 2008 (sorry pic tak boleh rotate).

Dan Haji Zakaria ni memang pengerusi sebab banyak surat lain dikeluarkan ada tandatangan dia....dalam Jawi dan aku rasa dia tak boleh tulis rumi sebab masa aku suruh tulis nama dia ... dia bantai jawi semua.

Maka ....soalan aku yg terakhir.....dah setakat mana pembinaan? Jawapan-tanah dah ditolak semak2 dah tak ada, ada sikit duit beli bahan pastu kutip lagi...seminggu sekali balik rumah, masa outstation buat kutipan waktu malam tidur di mesjid.
Lagi banyak soalan nak tanya sebab tak pernah aku jumpa orang nak bina rumah anak yatim kutip derma dari meja ke meja makan, ambil jangkamasa yang panjang nak laksanakan dan selalunya projek kerajaan. Jumlah dikutip setakat meja ke meja tu mana mungkin boleh siap cepat, kena guna project manager or contractor yang cekap nak pastikan projek schedule on time, cost effective.....dan banyak lagi dalam pikiran aku.
Kalau aku ada duit banyak, aku cukup berminat nak tolong taja dan jayakan misi pak chik ni.....melawat tapak dan buat apa2 yang patut.
Ada orang dikurniakan harta kekayaan,ada dikurniakan ilmu......gunakanlah untuk kebaikan. So aku ada ilmu nak ketuk2 keyboard dan browse internet, maka aku buat marketing la kat dia.
So kepada sesiapa yang dikurniakan harta kekayaan, ini adalah pelaburan yang dijanjikan pulangan yang paling lumayan.
Atas persetujuan Pak Chik Ni, aku snap photo2 dokumen dalam file tu sebab aku rasa tenaga pak chik tu semakin berkurangan, coverage nak buat collection pun terhad. Apa salahnya cuba guna blog, face book, e-mail untuk buat kutipan.....mungkin lebih efficient. Aku explain kat dia.
Dengan bersemangat dia bersetuju...bagi aku kalau dia niat buruk..mesti dia tak sanggup nak kasi snap gambar dia, IC dia dan dokumen2 lain kat aku....setakat itu saja aku mampu ukur kejujuran dalam projek ini.
Berkenaan dengan kenapa dia tak minta bantuan dari agensi2, jabatan2, badan2 korporat, parti politik etc aku tak sentuh. Sebab aku rasa dia tak ada ability dan personaliti yang hebat untuk menarik mereka semua. Cuma aku rasa dia ada niat yang paling baik untuk dikongsi oleh orang islam.
Kepada rakan2 yang ada lebihan ...RM10.00 pun sudah cukup untuk disumbang melalui perbankan internet. Hebahkan pon ok juga....kerana aku rasa macam buat MLM juga...dapat pahala sorang sikit bila downline buat sumbangan.
Details akaun dia..
Nama : Zakaria Bin Ahmad
Bank Islam a/c No : 002202002058778

0 comments:

Mari nyayi pelan-pelan