Friday, March 6, 2009

Ketam Lagi


Nak share information pasal ketam bakau lagi. Aku cukup suka makan ketam bakau ni, bila balik jer kampung aku tak lepaskan peluang menangkap ketam menggunakan cara tradisional....pakai tangkoi ketam di belakang rumah jer. Dapat 5-6 ekor pun jadilah. Rebus campur garam sikit bila tukar jadi warna merah....kira dah masak.Sedappppp.


Ketam Nipah ni nama saintifiknya scylla seratta dan ada dua lagi jenis dari keluarga yang sama.

Habitatnya banyak terdapat dalam hutan bakau. Walau ada khilaf orang-orang melayu kata tak boleh makan sebab ia boleh hidup didarat selama 2-3 hari tetapi pendapat ulama kata boleh dimakan kerana tanpa air ketam ni mati, cuma boleh bertahan lama kerana gunakan simpanan air dalam insangnya.


Dari sudut perniagaan, membela ketam nipah ni hasilnya agak lumayan dan ada sebuah syarikat di Melaka memperkenalkan konsep membela dalam tangki fiber. Aku tak berminat nak membela dalam tangki sebab aku suka yang original iaitu membela dalam habitat asal kerana bagi aku yang original tetap ada kelebihan.

Aku suka makan ketam bakau elok lah aku bela sendiri, kalau orang nak makan pun aku boleh kasi yang terbaik...yang macam aku makan. Aku bukan nak meniaga pon lagi, bila aku dah jumpa cara yang efektif dan ekonomik membela ketam ni baru aku boleh pikiaq nak komersialkan.Sekarang aku nak pikiaq cara bagi aku dan adik beradik aku puas makan dulu.

0 comments:

Mari nyayi pelan-pelan