Thursday, May 28, 2009

Menanti Kepulangan



Post yang lalu aku tujukan kepada Ayah dan Mak yang mengajar erti sabar supaya aku dapat salurkan kepada anak2.
Kali ini aku ceritakan tentang mereka yang kini ada di Pantai Merdeka, Kedah.
Setiap kali aku balik kampung, yang pasti mereka gembira kerana mereka selalu menanti kepulangan anak2 dan cucu. Rumah besor macam bungalow, tapi hanya dua orang saja isinya. Komunikasi yang terhad, mereka menantikan cucu dan anak2 disisi agar terhibur.
Semenjak adik aku sambung study di Wellington, aku pulak sibuk dengan MBA aku, Kakak aku dengan Kelas Tuisyen dan yang bongsu dengan study final year kat Politeknik, Bungalow jadi semakin sepi.
"Jan! hang pakat ngan kak hang balik sini sebab ayah nak sembelih ayam kampung".Pahamlah aku makna tersirat tu.
Aku nak pastikan pada 06.06.2009 matlamat tu tercapai.
Kepada adik kat Wellington tu, Ayah macam tak sabur menanti kepulangan semua pada November nie untuk berkumpul semula.

1 comments:

maskjask said...

kami pon tak sabaq nak balik jugak.... insyaallah kita kan jumpa nanti..

Mari nyayi pelan-pelan