Sunday, August 9, 2009

Adus

Adus tak leh balik kampung hari ni nak urus mak masuk wad Hospital Sg.Petani seperti yang dirancang Jumaat Lepas.

Nak buat macam mana, masa start kereta tetiba keluar asap hitam dari bonet kereta.....
pastu terus aku matikan enjin tapi asap semakin banyak lastly terus keluar api dari enjin, celah2 bonet dan tayar depan. Asap semakin menjulang naik dengan banyaknyer. Panic juga bila jadi kat parking lot yang sebelah menyebelah ada kereta orang lain.

Dalam dok terbakar tu kena juga aku tolak kereta sorang-sorang keluar dari parking lot takut api menyambar kereta orang. Masa tolak dalam hati dok kata, jangan la meletup masa tu coz aku suspect petrol leaking. Lepas tolak maka tak tau nak buat apa, dok tengok jer la ...macam dok bakar daun kering kat kampung coz idea dah hilang.

Hangus bahagian enjin sama sekali masa bomba sampai. Dalam kereta basah kuyup kena sembur air bomba dan dashboard lingkup la...rasanya lepas ni kena scrap la jual besi buruk.

Tak daya nak balik kampung coz kena tunggu unit forensik bomba nak check engine condition, pastu kena buat laporan polis dan kena ke pejabat bomba untuk anggar kerugian kereta untuk urusan tuntutan insuran.

Semalam dok bimbang kat anak aku yang nombor dua tu Irfan jatuh masa main-main kat taman. Masa jatuh gigi atas dia terhentak menembusi bibir bawah, masa balik rumah menangis-nangis. Hari ni dok bengkak lagi la.

Kejadian macam ini buat aku termenung lama juga, banyak dan banyak lagi plan asal aku kena revise. Banyak uncertainty yang tak mampu aku manage.

Sekadar berkongsi cerita saja la, semoga kita lebih matang untuk measure and calculate risk dalam apa-apa plan yang kita kawal dan rancang.

Uncertainty risk tak boleh diabaikan dalam plan dan lebih baik kalau kita ada back-up plan.

3 comments:

Ahau - Dee said...

So sorry to hear that my fren :(
Kalau aku jadi engkau dah tentu panic dah!!

Hopefully everything will be in order soon : )

And to your son, get well soon!

maskjask said...

adoiyaiii...benda kalau nak jadik tu bertimpa2...apa2 pon peneroka pantang mengaku kalah weehh!

Unknown said...

semoga bersabar dengan segala dugaan.. setiap suatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Mari nyayi pelan-pelan