Mengambil kira cadangan Zikri Hasbullah tu dlm pertemuan malam tu maka dalam FB mula lah start bincang2 penubuhan koperasi secara am.
Dalam kepala aku dari dulu lagi tak pernah terfikir pasal Koperasi......Koperasi sekolah jual buku,alatulis,keperluan murid tahu la.Jumlah Koperasi ada tujuh ribu lebih kat M'sia ni dan tak aktif pon jenuh la jugak!
Semua koperasi kena daftar dgn Suruhanjava Koperasi M'sia dan tertakluk kepada Akta Koperasi 1993.
Maka kerja rumah pon bermula.....cari bahan2 pasal penubuhan koperasi, kepentingan dan halangan2 dalam koperasi.
Kelebihan koperasi pada pendapat aku:
Pertama-Jika Ahli Ramai maka Dana pon lebih, (boleh buat projek skala lebih besar)
Kedua-Liabiliti ahli terhad kepada modal.
Ketiga-Berkongsi Pengetahuan dan Kemahiran dikalangan Ahli.
Keempat-Meningkatkan ekonomi ahli (jika ditadbir dgn baik)
Kelima-Siraturrahim dapat dieratkan sesama ahli (jika tahap pemahaman ahli setaraf)
Keenam-Amat kurang penvelewengan berlaku kerana pengawasan akaun begitu baik dimana juruaudit dalaman dan Luar dilantik untuk memerika akaun.
Kelemahan koperasi pula:
Pertama-Proses membuat keputusan lewat kerana perlu mendapat mandat dari ahli2 terlebih dahulu dan mungkin peluang perniagaan diterima terlepas ketangan orang lain.
Kedua-Kelemahan pentadbiran merancang kewangan dan budget, ini membuatkan projek menjadi "Over Budget" seterusnva ahli menaggung risiko menerima dividen rendah dan risiko modal berkurangan.
Walaubagaimana pun setelah ditimbang tara.......Koperasi dicadang perlu diteruskan kerana ada unsur baik dari segi Islam disitu....Menghubungkan siraturrahim dan ini pasti ada pahala menanti.
Saturday, August 21, 2010
Penubuhan Koperasi
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 6:59 AM 0 comments
Reunion SMTAS
Bertitik dari reunion pada June 2010 maka dalam ramai2 kawan dlm FB ada sorang dari kami dah jadi Orang Penting kat Acheh...Hairan Bin Ajaib tu!
Bersama Guan Eng dan Sultan Mizan pon ada dlm FB dia........gabenor Acheh pon ada tapi tak masuk la kt sini .
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 5:57 AM 1 comments
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 5:41 AM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
Konvokesyen ke-23 UUM
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 6:16 AM 4 comments
Wednesday, February 10, 2010
Derma
Haji Zakaria ni aku tak kenal pon, cuma selalu nampak kat area utara somewhere Bukit Mertajam dan Kulim,Butterworth etc. Kira2 setahun dua dulu aku jumpa dia di Kulim di kedai makan. Masa aku lunch kat Bandar Perda,nampak dia lagi dan seperti biasa hulurkan file minta sumbangan orang ramai. File biru dibimbit tu dah cukup usang dan diusung dari satu ke satu meja minta sumbangan orang ramai. Orang pula mood nak makan tak sangat nak layan pakchik tua ini. Ada yang buka file belek2 sikit2 macam nak ambil hati jer pastu hulur lah 1-2 ringgit.
Bila sampai kat meja aku, member aku pelawa dia duduk dan makan sekali tapi dia menolak sekadar hulur file, tapi dia duduk. Bila sembang-sembang maka aku kenalpasti dia memang orang Malaysia loghat kedah. Sah orang malaysia nama Zakaria Bin Ahmad dari Kuala Nerang.
Tahulah aku....dia nak guna tanah yang dibeli atas sumbangan orang ramai untuk membina Pusat Penjagaan Anak Yatim Al-Hidayah di Lot 42/43 Mukim Tekai, Kuala Nerang, Kedah -seperti tertera dalam daftar syarikat. Lot tanah-Seperti photo diatas.
Serius ker dia nak bina Pusat Jagaan anak Yatim tu? So aku korek2 rahsia lagi....memang serius la...tapi dia orang tua yang tak pandai nak menyusun ayat power2 nak yakinkan orang, sebutan pun mcm tak berapa jelas butiran. Maka kena belek2 lagi file cungkil isi dalam file.
Ada geran tanah
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 6:25 AM 0 comments
Sunday, January 31, 2010
Sejarah
Ini mak aku bersama kakak aku dalam tahun 1969, nak ambil gambar kena pergi kedai gambar lepas tu bukan siap segera kena tunggu cuci 2-3 hari juga. Pastu nak kena pos pula gambar ni hantar kat ayah aku kat serawak. Sekarang tangkap segera pakai digi-cam pastu hantar pon segera pakai e-mail.
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 7:18 AM 0 comments
Saturday, January 23, 2010
Update Blog
Dah lama aku tak up date blog, bukan sibuk tapi tak tau nak citer apa. Jadi entry kali nak citer bab auditing.
Memang best boleh audit ni......yer la check kerja orang, tapi tak best bila orang check kerja kita...biasalah tu.
Last 2 weeks dapat lah peluang pergi Singapore audit sales office kat sana for 2 days. Tak ada apa yang menarik pon kecuali boleh jalan-jalan pi jalan2 dan shopping sikit2. Yang pastinyer aku terhidu macam ada sentimen kerakyatan kedua-dua negara bila borak-borak ngan mereka termasuk pemandu teksi. Yer la....banyak isu antara Malaysia dan Singapore yang menjadikan kita tak boleh berkawan. Tak kawan pun tak rugi kot!
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 2:15 AM 0 comments