Masa dok baguih kutip buah kat rumah mertua tetiba teringat nak share gambar ni dengan adik dan kawan aku kat New Zealand. Mungkin depa tak sempat nak merasa buah durian dan rambutan pada musim ni. Tengok gambar pun jadilah kan? Tapi next year sure boleh merasa. Insyallah.
Sunday, June 28, 2009
Yang Original
Masa dok baguih kutip buah kat rumah mertua tetiba teringat nak share gambar ni dengan adik dan kawan aku kat New Zealand. Mungkin depa tak sempat nak merasa buah durian dan rambutan pada musim ni. Tengok gambar pun jadilah kan? Tapi next year sure boleh merasa. Insyallah.
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 6:54 AM 3 comments
Tuesday, June 23, 2009
New Blog Layout
Sekadar nak bagitau yang layout ada ubah sikit baru2 nie coz ada ruangan baru kat bawah blog aku nie ..ruangan "Mari nyayi pelan-pelan"
So saja nak kasi member2 sezaman ngan aku boleh nyayi pelan-pelan bila boring or bila teringat zaman dolu-dolu.
Zaman masa dok berkaraoke dulu2 la....sekarang kena nyayi lah pelan2 coz tak leh macam dulu dah.
Check la,after first song complete, ada lagi...lagu spring,wings,lefthanded,imran ajmain dll versi karaoke.
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 5:11 AM 0 comments
Labels: Blog update
Saturday, June 20, 2009
HERO
Masa aku kecik dulu sebut jer hero teringat lah nak jadi superman, spiderman,batman,plasticman dan tah apa2 man lagi dalam TV tu. Semua watak2 tu Hero penyelamat dunia la ....
Bila remaja, aku disogokkan dengan imej hero dlm filem The Matrix, Terminator,Mission Impossible dan macam2 lagi dalam movie. Semakin ganas aksinya, semakin hebat hero tu.
Bila dah bekerja dan berumah tangga, maka istilah hero tu diberikan kepada pemimpin-pemimpin dalam Malaysia yang kuat bekerja dan petah berkata-kata.
Baru aku teringat, masa aku kecik dulu aku pon cerita pasal kehebatan ayah aku kat kawan2. "Ayah aku askar masuk hutan tembak komunis. Dia masuk hutan berjalan jauh, kena berhati2 dengan jerangkap samar, kemudian bertempur, ada kawan yang cedera, mati .......etc."
Superman, spiderman dan lain2 tu hero untuk semua kanak2 dan bukannya hero untuk aku sorang. Hakikatnya semua kanak2 anggap bapanya sebagai hero dalam diri mereka.
Bapa aku Mejar Mohamed Bin Baharom bagi aku memang Hero kerana perjuangan dulu dalam tentera dan apabila setelah bersara sambung pula memperjuangkan nasib masyarakat dikampung. Keluar masuk pejabat kerajaan meminta kemudahan penduduk kampung ,surau,jalan raya,jeti, lampu jalan dan lain-lain lagi kemudahan kepada penduduk dan Nelayan di Pantai Merdeka.
Yang lebih hebat, dia berjaya menyara dan mendidik kami dengan baik walaupun masa tidak banyak dapat diluangkan...(yer la dok masuk keluar hutan jer...)
So, aku junjung jasanya kepada negara,ugama, masyarakat, saudara mara dan lebih2 lagi kepada kami sekeluarga.
Meniti penghujung usianya, aku nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada HERO aku yang sebenar-benarnya.
Selamat Hari Bapa juga kepada bapa2 yang lain. Dalam erti kata mudah " kamu semua HERO kepada keluarga kamu".
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 12:15 PM 4 comments
Tuesday, June 16, 2009
Lambaian Malaysia
Pemandangan rumah kenduri di Weng,Baling Kedah yang masih mempertahankan sistem makan hidang dan gotong royang dlm masyarakat. Menu utama-Gulai Daging Batang Pisang dan kerabu umbut batang kelapa.Sodap...., tambah nasi 2 kali tau! Mana taknyer,selalu dok makan kenduri katering jer.
Atas pokok pisang, bawah pokok padi. Snap photo dlm keta jer.
Pemandangan yang biasa dilihat di kampung2 di Malaysia. Tak ada yang menarik jika selalu berulangalik masuk kampung atau pi kenduri kendara rumah kawan2 atau saudara mara.
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 7:41 AM 2 comments
Thursday, June 11, 2009
Kawan Lama Lagi
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 9:56 AM 1 comments
Labels: Ahmad Idham
Tuesday, June 9, 2009
Macam Kenal Jer!
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 8:12 AM 5 comments
Labels: Mohamad Zahidi Bin Ishak
Birthday?
Posted by Mazlizan bin Mohamed at 7:49 AM 3 comments