Saturday, June 20, 2009

HERO

Masa aku kecik dulu sebut jer hero teringat lah nak jadi superman, spiderman,batman,plasticman dan tah apa2 man lagi dalam TV tu. Semua watak2 tu Hero penyelamat dunia la ....

Bila remaja, aku disogokkan dengan imej hero dlm filem The Matrix, Terminator,Mission Impossible dan macam2 lagi dalam movie. Semakin ganas aksinya, semakin hebat hero tu.









Bila dah bekerja dan berumah tangga, maka istilah hero tu diberikan kepada pemimpin-pemimpin dalam Malaysia yang kuat bekerja dan petah berkata-kata.




Tapi yang aku terperasan bila mendengar perbualan anak2 ku dengan rakan sebaya mereka, selalu cerita macam ayah mereka hero (akulah tu) "ayah kami bawa kami pergi memancing tempat yang..... (best2 belaka). "ayah kami pandai pancing, dapat ikan besor masa dulu2-ayah kami cakap kat kami"(yer la tu...tapi dah seabad dulu la....)

Baru aku teringat, masa aku kecik dulu aku pon cerita pasal kehebatan ayah aku kat kawan2. "Ayah aku askar masuk hutan tembak komunis. Dia masuk hutan berjalan jauh, kena berhati2 dengan jerangkap samar, kemudian bertempur, ada kawan yang cedera, mati .......etc."

Superman, spiderman dan lain2 tu hero untuk semua kanak2 dan bukannya hero untuk aku sorang. Hakikatnya semua kanak2 anggap bapanya sebagai hero dalam diri mereka.

Bapa aku Mejar Mohamed Bin Baharom bagi aku memang Hero kerana perjuangan dulu dalam tentera dan apabila setelah bersara sambung pula memperjuangkan nasib masyarakat dikampung. Keluar masuk pejabat kerajaan meminta kemudahan penduduk kampung ,surau,jalan raya,jeti, lampu jalan dan lain-lain lagi kemudahan kepada penduduk dan Nelayan di Pantai Merdeka.

Yang lebih hebat, dia berjaya menyara dan mendidik kami dengan baik walaupun masa tidak banyak dapat diluangkan...(yer la dok masuk keluar hutan jer...)

So, aku junjung jasanya kepada negara,ugama, masyarakat, saudara mara dan lebih2 lagi kepada kami sekeluarga.

Meniti penghujung usianya, aku nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada HERO aku yang sebenar-benarnya.

Selamat Hari Bapa juga kepada bapa2 yang lain. Dalam erti kata mudah " kamu semua HERO kepada keluarga kamu".

4 comments:

maskjask said...

sangat hebat N3 kali ni..kalau baca kat abah ni..abah sure tangkap leleh...hehee...yo lah segagah mana dia dulu bila tua mengasak usia..hati mudah terusik..selamat hari bapa bro!

Mazlizan bin Mohamed said...

Thanks, 2 jam dok ngosek buat ni

Ahau - Dee said...

Selamat Hari Bapa Bro : )

Dari semalam nak comment something tapi internet connection buat hal ... sudahnya terus lupa ... he he he.

Aku setuju 100% yang setiap ayah adalah HERO kepada anaknya. Muzani pun selalu cakap pasal aku dengan kawan2 dia. Kadang2 aku nak tergelak dengar statement dia yang sesungguhnya di luar dugaan.

You will never know what is inside their mind kan ... but sometimes it makes you feel great :)

p/s : Aku suka cara hang menginterpretasikan sesuatu cerita. Hmm .. memang talented lah hang ni. tak sangka.

Mazlizan bin Mohamed said...

Dee aku tulis cara aku la...baru aku tau susah nak tulis ooo...nak kasi pendek dan ringkas adalah cabaran terbesor.Kena edit berkali-kali.

Memang hang dah jadi ayah sebab hang paham cerita aku..hehehe

Thanx

Mari nyayi pelan-pelan