Sunday, June 28, 2009

Yang Original







Musim buah datang lagi dan yang paling meriah buah rambutan. Durian-Raja buah memang menjadi pilihan setiap kali musim buah.



Masa dok baguih kutip buah kat rumah mertua tetiba teringat nak share gambar ni dengan adik dan kawan aku kat New Zealand. Mungkin depa tak sempat nak merasa buah durian dan rambutan pada musim ni. Tengok gambar pun jadilah kan? Tapi next year sure boleh merasa. Insyallah.


Disamping itu.....


Masakan sambal tumis udang (petai kalau ada lagi best), gulai ikan dan sambal belacan pasti menanti......yang pasti mestilah original. Guna santan, guna belacan, cabai kering,rempah dll.


Bercakap pasal original, aku terbayang soalan lazim dari staff KFC "Spicy or Original ?" selalu aku dok tengok orang dok minta yang spicy jer termasuk lah aku....heheheh.


Kenapa la KFC dok maintain yang original tu? Lagi pun dalam rak kaca tu ayam goreng yang original tu ada 5- 6 ketul jer, yang aku pasti -staff kena ikut standard procedure la- kena tanya customer "Spicy or Original" padahal dalam hati mereka pasti dah tahu jawapan customer tu.

Mungkin Ayam Goreng yang original ini kena ada kerana tanpa original maka tak tercetuslah yang spicy dan yang lain-lain lagi.

Cuba order yang Original sekali sekala ...resultnya...WOW.


Sebagai contoh bila wife tanya nak masak apa dengan ikan kembung, bila dah abis idea aku order lah kembung rebus (original habis) cicah air asam ......resultnya ...WOW.




Lepas makan nasi dan pekena buah-buah, lepak sat baca paper hari ni......."Arahan Hormat Lagu Negaraku"- Bila lagu negaraku dimainkan,ada pegawai2 kerajaan dan jurukamera buat tak endah jer.
Terfikir sejenak, lagu negaraku memang ramai tak endah coz rentak lagu tu tak memenuhi selera pendengar masakini. Macam ayam KFC original juga.
Tapi aku teringat kisah kawan aku masa dia menuntut kat Chicago dulu cerita bab lagu Negaraku ni. Lagu negaraku memang tak ada sapa nak mainkan dinegara asing dan tiada sapa yang peduli termasuk member aku la......hehehehe, sorrriiii.
Pada suatu ketika dimana pasukan student Malaysia juara games kat university tu, Maka...Lagu negaraku dimainkan oleh penganjur dan secara automatik semua student Malaysia bangun tegak dan menghayati lagu negaraku dengan penuh shahdu.
Katanya, lagu negaraku memang meremang bulu roma bila dimainkan dinegara orang. Beat Negaraku perlu dikekalkan.
Begitulah pentingnya original lagu Negaraku dikekalkan.
Apa la aku melalut pula malam nie.....hehehehh.
Cuma point aku nak cakap:
1. Kalau rasa putus idea kembali lah kepada Original Idea or Purpose.
2. Kalau rasa Original tu tak bagus, itu adalah kerana kita tak mendalami yang original idea or purpose tu.
Durian dan Rambutan pun ada perlu rasa yang original tanpa di klon dengan buah2 lain.
Aku pasti adik aku masih dengan original makan nasi dan kicap Mudim kat Wellington. Zahidi masih original menggunakan bahasa melayu dalam blog dia walaupun lebih mahir menggunakan English dalam pertuturan.
Lagi satu.....Ada kawan lama aku Kamarul Atan namanya- tagline dalam blog dia masih aku ingat walaupun blog tu dah lenyap "Aku Atan, Aku Nak Jadi Diri Aku Sendiri" (kira dia ada Originality dalam diri ...tu yang aku suka tagline tu).
Akhir kata........"Kekalkan Yang Original"







3 comments:

Ahau - Dee said...

Betul tu Zan. Bak kata omputih ... back to basic. Bila aku conduct Leadership Training kat sini ... aku tekankan kepada back to basic sebab kalau yang basic pun tak buat, lagu mana nak buat yang advance kan?

Dan participants akan terima konsep tu tanpa merasa yang kita ni nak tunjuk pandai sebab bila cakap pasal yang basic ... tak ada siapa yang boleh pertikaikan.

Cuma pasal apa lah hang letak gambaq2 yang buatkan aku terliur ... durian, sambal tumis petai tu ... hu hu hu.

Tak pa ... tak lama lagi aku boleh merasa ler :)

p/s :

1. Aku miss KFC jugak.
2. Sejak duduk sini, aku lebih menghargai diri sendiri & menjadi diri sendiri ... sebab tu lah orang-orang dulu bercakap kita ni kena panjangkan langkah untuk luaskan pandangan dan pengalaman. Baru aku faham : )

Mazlizan bin Mohamed said...

Thanks Dee, aku dok merapu apa pun aku tak tau...cuma rasa gatai nak update blog, lama tak dak idea.

maskjask said...

original!! betoi2...kami masih seperti dulu..tak reti makan makanan omputih..huhuu nak jugak nasik...camno nak kurus??

Mari nyayi pelan-pelan